Wednesday, October 29, 2014

KEDAP SKTC

KEDAP merupakan singkatan kepada Kelas Dewasa Asli dan Pribumi. Kelas ini disertai oleh ibu atau bapa murid yang bersekolah di SK Tasik Cini seramai 30 orang. 

Kelas ini dijalankan bagi membuka minda ibu bapa tentang kepentingan pendidikan kepada anak-anak mereka. Dengan adanya kelas ini, ibu bapa murid diharapkan dapat membantu anak-anak dalam pelajaran apabila berada di rumah.

PELAJAR KEDAP SK TASIK CINI

MASUK PAPER TU..HIHI..kau hado??

Pada 1-2 November 2014 lawatan ke Cameron Highlands akan diadakan bagi pelajar-pelajar KEDAP ini. Nak makan strawberi katanya..huhuhu..ape pun, yg penting bagi mereka peluang untuk melihat tempat yang baru..al maklumla sejuk2 gitewww..


Antara tempat-tempat yg bakal dilawati oleh mereka :


LADANG TEH BHARAT

CACTUS VALLEY

TAMAN AGROTEK MARDI

KEA FARM

BIG RED STRAWBERRY FARM

Semoga lawatan ini akan berjalan dengan lancar...Aaminn..

Sukan SKTC

Berikut gambar-gambar Hari Sukan SK Tasik Cini yang dilangsungkan pada 11-12 Oktober yang lalu.

TEMA HIDUPAN DASAR LAUT

RUMAH MAT KILAU

 CIKGU-CIKGI

BERSUKAN DALAM LOPAK AIR

CRAB MEMBERS

RUMAH DATO' BAHAMAN

MERMAID PUN ADE

STARFISH

Tarian Kelundang

Tarian Kelundang merupakan sebuah tarian selamat datang yang ditarikan kepada pengunjung penempatan Orang Asli Suku Kaum Jakun, di Perkampungan Orang Asli Gumum Tasik Cini Pahang.
Tarian Kelundang mendapat nama daripada bahan yang digunakan dalam tarian tersebut iaitu batang pokok kelundang yang telah dipotong dan digantung pada ketinggian 2 kaki (pemegang seperti kaki gong) akan diketuk dan mengeluarkan bunyi sebagai muzik iringan ketika persembahan diadakan.
Tarian ini merupakan gerakan asas Sewang. Pola lantai yang digunakan ringkas iaitu bulatan dan memanjang. Ketika persembahan, seorang penyanyi akan menyanyikan lagu dalam bahasa Jakun yang mengandungi pantun-pantun meraikan pengunjung dan menceritakan keindahan Tasik Cini.
Kebiasaan tarian ini disertai sekurang-kurangnya 15 orang penari termasuk pemuzik dan penyanyi.
 Murid-murid SK Tasik Cini yang mempersembahkan Tarian Kelundang

 Batang pokok kelundang yang diketuk

Bersama Cg Yana n Cg Shida

TASTE OF JEJU ISLAND

Hari ni nak share pengalaman ke Jeju Island, Korea. ni cite thn lps..throwback giteww..huahuahua..
mmg excited..winter time ni..:)
Hari pertama (9 Disember 2013) tiba di Seoul (Incheon Int. Airport). Untuk ke Jeju Island, menaiki flight dari Gimpo Airport. Perjalanan ke Jeju Island dari Gimpo Airport lebih kurang dalam 1 jam. x sempat pun nak lelapkan mata..kejap sgt..hihi..

Tempat pertama yg dituju ---->> Mysterious Road

Apa yg misteri nya sebab masa bas naik bukit, bas matikan enjin and then bas tu boleh gerak sendiri mendaki bukit tuh..huhu..kalau letak botol air ke ape2 la..bkn bergolek kat bwh tp ke atas bukit..sekian.

Next--->> Yongduam Rock (Dragon Head Rock)

nampak x batu yg berbentuk kepala naga tu?sebab tu la dinamakan drogon head rock



next hari kedua---->> O'sulloc Tea Museum...sambung lain kali..peace..:)