Wednesday, October 29, 2014

Tarian Kelundang

Tarian Kelundang merupakan sebuah tarian selamat datang yang ditarikan kepada pengunjung penempatan Orang Asli Suku Kaum Jakun, di Perkampungan Orang Asli Gumum Tasik Cini Pahang.
Tarian Kelundang mendapat nama daripada bahan yang digunakan dalam tarian tersebut iaitu batang pokok kelundang yang telah dipotong dan digantung pada ketinggian 2 kaki (pemegang seperti kaki gong) akan diketuk dan mengeluarkan bunyi sebagai muzik iringan ketika persembahan diadakan.
Tarian ini merupakan gerakan asas Sewang. Pola lantai yang digunakan ringkas iaitu bulatan dan memanjang. Ketika persembahan, seorang penyanyi akan menyanyikan lagu dalam bahasa Jakun yang mengandungi pantun-pantun meraikan pengunjung dan menceritakan keindahan Tasik Cini.
Kebiasaan tarian ini disertai sekurang-kurangnya 15 orang penari termasuk pemuzik dan penyanyi.
 Murid-murid SK Tasik Cini yang mempersembahkan Tarian Kelundang

 Batang pokok kelundang yang diketuk

Bersama Cg Yana n Cg Shida

No comments:

Post a Comment